Sejarah Stesen MRT Serdang Jaya

Penamaan stesen

Pada 15 September 2016, MRT Corp telah mengumukan bahawa stesen Seri Kembangan bakal menjadi sebahagian daripada cadangan jajaran stesen sepanjang Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (kini Laluan Putrajaya), melalui video yang ditayangkan secara rasmi di Youtube, bertajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video".[3] Stesen MRT Seri Kembangan terletak sektor pakej projek landasan kereta api Laluan Putrajaya bertingkat selatan. Kod awal untuk pembinaan struktur stesen ini ialah S28. Beberapa tahun kemudian, nama stesen yang digunakan untuk tapak kerja pembinaan iaitu, "Seri Kembangan" telah bertukar menjadi nama stesen sedia kala, iaitu Serdang Jaya.[1]

Pembinaan dan pembukaan

Pembinaan stesen MRT Serdang Jaya adalah dibawah kontrak S206. Pembinaan struktur stesen termasuk aras legar, aras platform, aras jalan seperti pintu stesen, laluan pejalan kaki dan lain-lain bagi kontrak S206 telah diberikan kepada syarikat Ahmad Zaki Sdn. Bhd. dengan jumlah sebanyak RM32.14 bilion. Kontrak S206 yang merangkum pembinaan struktur dan kerja berkaitan juga termasuk dengan Stesen MRT Serdang Raya Selatan, di Taman Serdang Raya dan Stesen MRT UPM, di Universiti Putra Malaysia[4][5][6] Manakala pembinaan jambatan landasan kereta api Laluan Putrajaya bertingkat pula, dibina di bawah kontrak V206 iaitu bermula di Serdang Raya ke Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan melalui stesen ini. Kontrak itu telah dianugerahkan kepada syarikat Gadang Engineering (M) Sdn. Bhd. pada Mac 2017, dengan jumlah sebanyak RM952.09 juta.[4][7] Pembinaan stesen ini ialah di bawah nanungan projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT).[1]

Stesen MRT Serdang Jaya telah dibuka kepada orang ramai dan memulakan operasinya pada 16 Mac 2023 bersama-sama stesen-stesen Laluan Putrajaya di bawah Fasa 2 yang lain, iaitu dari stesen Kampung Batu sehingga Putrajaya Sentral.[8] Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 telah diumumkan pada 23 Disember 2022 oleh MRT Corp.[9] Walaupun begitu, mengikut perancangan asal stesen ini patut dibuka pada Julai 2022,[10] tetapi pembukaannya menghadapi kelewatan lagi dan ditangguhkan pada Januari 2023 akibat sesi ujian set gerabak kereta api mengambil masa lama daripada biasa dan belum selesai.[9][11][12]

Rujukan

WikiPedia: Stesen MRT Serdang Jaya //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Stese... https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news_pemerkasa.... https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://drive.google.com/file/d/1vsH8Gp-h6jbdNKoTm... https://www.youtube.com/watch?v=Uj30FLJbKrI https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/849659/... https://www.mymrt.com.my/business/tender/awarded-c... https://www.mymrt.com.my/ms/awam/laluan-putrajaya/... https://myrapid.com.my/wp-content/uploads/2021/07/...